Kebanyakkan gadis sering menitikberatkan penjagaan kecantikan luaran semata2 seperti menjaga cara pemakaiannya,solekan dan sebagainya. Hingga ada kalanye terlupa kecantikan dalaman itu adalah lebih penting.Jom mony share serba sedikit yg mony baca ye!:)
MINUM BANYAK AIR
- Paling penting minum banyak air.Minum,minum dan minum!!Bukan air berkarbonat atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral!! Dengan minum banyak air bersih,dapat membantu membuang toksin dalam badan,menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
BERSENAM
- Semua tahu bersenam itu baik untuk kesihatan dan juga rohani.Perlu berjalan di sekitar rumah ia sudah memadai kerana berjalan juga satu bentuk senaman!!
JANGAN MEROKOK!
- Ini merupakan saranan yg paling penting kerana merokok boleh merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.
TIDUR YANG MENCUKUPI
- Ramai yg mengabaikan soal ini tambahan lagi apabila terlalu sibuk.Sebenarnya sesibuk manapun,tidur yang tidak cukup akan membuat kamu kelihatan lebih tua dan mata lebam.Ini akan membuatkan bahagian bawah mata kamu tampak tidak cantik dan tidak sihat.
JANGAN TERLALU BANYAK BERSOLEK
- Pada waktu tertentu,benarkan kulit kamu berehat daripada memakai sebarang mekap.Kulit juga perlu bernafas.
Sumber:Majalah Remaja
No comments:
Post a Comment